Saturday, June 21, 2008

My first story

Panjang al-Kisahnya... Tapi, harap korang tak tertido masa baca. He... :)

Kalau nak kritik... Tulis kat ruang yang ada. Dialu-alukan. JAngan umpat-umpat, tak baik...

Tajuknya: Sahabat Selamanya

(Siapa yang nak ciplak cerita aku ni, boleh tapi aku akan belah-belah organ dalaman korang(yang nak ciplak tu sahaja) pastu aku bagi kucing aku makan. Boleh blah! BAca boleh, ciplak...Jom free-sparring ngan aku dulu.) WAHAHA!!!- the villain laugh.



Pagi itu cuaca cerah. Tidak ada tanda-tanda akan hujan. Dua orang remaja lelaki berpakaian sekolah berjalan menuju ke Sekolah Memory Feather. Mereka kelihatannya sedang berbincang tentang sesuatu.
“Hanzyu, petang nanti kau lapang tak?”tanya salah seorang daripada mereka. Rambutnya berwarna hitam, tidak disikat dan dibiarkan terpacak.
“Tak tahu lagi. Aku perlu ulangkaji pelajaran.”jawab rakannya yang dipanggil Hanzyu itu. Penampilannya berbeza dengan rakannya tadi. Rambutnya disikat dengan kemas, pakaiannya bersih dan dia memakai cermin mata.
“Setiap kali aku ajak kau keluar, macam-macam alasan yang kau bagi aku. Kenapa dengan kau sebenarnya?”tanyanya lagi.
“Aku dah kata. Aku mahu ulangkaji pelajaran, Kanru.”jawab Hanzyu tidak senang. Siapalah yang suka mendapat rakan yang sering berprasangka buruk terhadap kita?
“Hari ini kau jangan ulangkaji pelajaran.”kata Kanru.
“Mana boleh!”marah Hanzyu. Pantang sekali baginya apabila ada orang menghasutnya untuk tidak mengulangkaji pelajaran. Dia tidak boleh gagal. Ayahnya akan memberhentikannya dari sekolah jika gagal dalam mana-mana subjek. Kanru sepatutnya sudah maklum dengan hal itu.
“Baiklah, baiklah. Tapi, pada pukul tiga petang nanti, aku akan datang ke rumah kau.”kata Kanru. Dalam seumur hidupnya, Kanru tidak pernah berjumpa dengan orang yang mengulangkaji pelajaran siang dan malam tanpa henti. Kasihan dia melihat Hanzyu.
“Untuk apa?”tanya Hanzyu. Dia tidak lagi marah seperti tadi.
“Jika menghadap buku siang dan malam, aku tak rasa yang kau dapat lulus dalam ujian nanti. Apa kata kalau kau ikut aku bersenam di Padang Rata? Sesekali, otak kau itu perlu diberi rehat. Bersenam dapat mencerdaskan minda.”kata Kanru seperti seorang guru Pendidikan Jasmani.
“Tapi…”belum sempat Hanzyu membangkang Kanru berlari ke hadapan.
“Siapa yang lambat ke sekolah, dia perlu belanja makan!”kata Kanru. “Tak adil! Kau dah lari ke hadapan dahulu!”jerit Hanzyu sambil berlari.

BERSAMBUNG...( nilah perkataan yang paling aku benci bila tengok cerita yg best) Tapi aku buat jugak... JAngan marah aaa!

No comments: