Tuesday, June 10, 2008

Karangan

Hari Isnin, semalamlah tu... aku hantar buku karangan. Karangan tu patutnya berkaitan dengan kemalangan ngeri yang pernah aku lihat. Tapi masalahnya... aku tak pernah tengok pun kemalangan ngeri. Tambahan pulak, kena letak perkataan adjektif sebanyak yang mungkin.

Masa nak buat tu... aku punyalah memekik panggil idea sampai adik aku baling buku kamus kat kepala aku. Tiba-tiba, datanglah idea gila. Orang lain buat kemalangan ngeri yang melibatkan jalan raya, motorsikal, lor dan segala jenis kenderaan. Err...keta lembu takdelah.

Masa nak hantar tu...risau giler! Mana taknya, orang lain buat sampai dua tiga m/s je... karangan aku pulak sampai enam muka surat. Bila cikgu dah mark...cikgu pun panggil nama aku. Katanya: Panjang sangat karangan awak ni...boleh buat cerpen...kalau ada blog masukkanlah...buat himpunan cerpen-cerpen awak dalam blog tu...

Ok. Kiranya, aku ni ada bakatlah ya? Ahaks! Riaknya...
(Sepanjang malam aku senyum sampai telinga sampai adik aku tegur)

No comments: