Sunday, May 31, 2009

Hello Again!_!

4 Bulan tak kunjung blog...Sibuk jugak aku ni ye...

Okay! Sepanjang waktu 4 bulan tu, boleh kata macam2 jadi. Aku baca poem atas pentas untuk hari guru, exam, melekat kat CC tiap hari Jumaat lepas TKD(jangan marah aa...bondaku yang cantik manis), pergi kem BI walaupun aku bukannya ahli kelab BI, apa lagi ek... Ha...

Buku yang aku minat sangat nak baca- Buku Perry Mason.
-Buku ni pasal seorang peguam yang memang kalau dapat satu kes, dia memang selesaikan betul-betul. Siap menyiasat sekali untuk cari bukti dan selesaikan misteri. Aku paling minat nak baca apa yang berlaku dalam mahkamah. Setakat ni, aku cuma tahu 3 perkataan. res gestae, habeas corpus dengan corpus delicti. tu je lah...

Aku sekarang minat dengan kumpulan ARASHI atau dalam English-nya J-Storm.
First time aku dengar pasal kumpulan ni tahun 2005 lepas. Tapi tak berapa tahu sangat pasal kumpulan ni. Aku mula minat kumpulan ni sebab Satoshi Ohno. Aku ada tengok satu citer jepun, tajuknya Maou. Satoshi berlakon jadi peguam(Naruse Ryo) yang bermuka dua. Sebagai peguam, dia memang bantu orang tapi dalam masa yang sama dia ada rancangan genius untuk balas dendam. Ikuta Toma jadi detektif, yang dulu pernah terbunuh seorang budak lelaki-Budak lelaki tu, tak silap aku adik kepada peguam tu.
-Aku puas hati dengan ending citer ni sebab...aku memang tak suka happy ending! Ha ha...

XD:Sape yang tengah cari tajuk tema lagu Maou, tajuknya ialah Truth. Kumpulan Arashi tau!

Tuesday, January 27, 2009

Tulisjelah...

Ibu reti buat puisi, aku pun nak gak tp, kurang pengalaman, kurang pengetahuan dan banyak lagi yg kurang. Aku buat nih pun sebab cikgu sivik aku suruh. Tapi tak tahulah okey ke idak.

Coretan Matlamatku

Satu persoalan muncul menerpa,
apa tujuanku bila masa itu tiba?

Ku fikir dalam-dalam,
tak mahu hidup di dalam suram,
tak mahu hidupku nanti karam,
tak mahu jatuh ke gaung yang curam.

Perjalananku masih jauh,
imanku perlu utuh,
cita-citaku perlulah teguh,
tidak dipaksa tidak disuruh.

Matlamat hidupku sudak ketemui,
bumi damai ini akan kulindungi,
perjalanan panjang ini akan kutempuhi,
kejayaan hiduplah yang pasti kucari.

Sunday, January 18, 2009

Tahun ni, aku ting. 4. Oklah...tapi teringin pulak nak jadi cam Shinichi Kudo(Det. Conan) tu...boleh jadi kecik balik...Dekat sekolah rendah tu, gerenti jadi murid terpandai kat sekolah. Tapi, macam cakap ibu, hidup tak semudah tu. Untuk SPM tahun depan tak tahulah nak ambik apa...

Dekat blog mak aku kan ada alkisahnya si Imau yang Cemburu...dgn laptop pun dia cemburu, sekarang ni, dah tambah budak kocik sekor. Kitorang bagi nama Yui(tapi cam kes nak bagi imau nama dulu, asyik bertukar-tukar). Aku tak leh nak upload gambornye sbb ibu nak guna broadband. Nantilah aku letak.

-:Teringin nak ada broadband sendiri, bolehlah aku surf internet hari2.