Tuesday, January 27, 2009

Tulisjelah...

Ibu reti buat puisi, aku pun nak gak tp, kurang pengalaman, kurang pengetahuan dan banyak lagi yg kurang. Aku buat nih pun sebab cikgu sivik aku suruh. Tapi tak tahulah okey ke idak.

Coretan Matlamatku

Satu persoalan muncul menerpa,
apa tujuanku bila masa itu tiba?

Ku fikir dalam-dalam,
tak mahu hidup di dalam suram,
tak mahu hidupku nanti karam,
tak mahu jatuh ke gaung yang curam.

Perjalananku masih jauh,
imanku perlu utuh,
cita-citaku perlulah teguh,
tidak dipaksa tidak disuruh.

Matlamat hidupku sudak ketemui,
bumi damai ini akan kulindungi,
perjalanan panjang ini akan kutempuhi,
kejayaan hiduplah yang pasti kucari.

2 comments:

Cikgooden said...

kau berbakat ..macam ibu kau jugak..er..er..minat melukis?..kartun contohnya?..

Dia@Hiei13 said...

Minat gak, tapi rasanya, lukisan ibu lagi cantik kot...