Monday, June 30, 2008

BM vs BI?

Okay. Ini komentar pertama aku untuk YOU KNOW WHO(YKW).
Walaupun aku baru nak masuk lima belas tahun dan pendiam di sekolah, jangan sangka aku tak pernah memberontak. Masa tingkatan satu, aku mula belajar Matematik dan Sains dalam BI. Well, thanks to YKW, bahasa Inggeris aku meningkat dan pada masa yang sama, BM aku turun menjunam lebih rendah dari budak Cina. How great!!! Sugoi!! Kepada YOU KNOW WHO, tahniah dan teruskan usaha anda merendahkan bahasa ibunda kita.

P/S: Why don't we use Malay language like Japanese do? Doshite?!!!

Note for myself: Kau sendiri guna bahasa rojak yang lebih teruk, nak komen orang...
Bahasa Melayu+Bahasa Inggeris+Bahasa Jepun

Kalau YOU KNOW WHO tukar balik Sains dan Matematik ke Bahasa Melayu, aku bakar sekolah! Argh!!! Geramnya!! (Marah tanpa sebab)
KAlau YOU KNOW WHO tu cukup bijak untuk faham fikiran budak berumur lima belas tahun ni, minta maap je lah ye... Gomen nasai!

Saturday, June 21, 2008

My first story

Panjang al-Kisahnya... Tapi, harap korang tak tertido masa baca. He... :)

Kalau nak kritik... Tulis kat ruang yang ada. Dialu-alukan. JAngan umpat-umpat, tak baik...

Tajuknya: Sahabat Selamanya

(Siapa yang nak ciplak cerita aku ni, boleh tapi aku akan belah-belah organ dalaman korang(yang nak ciplak tu sahaja) pastu aku bagi kucing aku makan. Boleh blah! BAca boleh, ciplak...Jom free-sparring ngan aku dulu.) WAHAHA!!!- the villain laugh.



Pagi itu cuaca cerah. Tidak ada tanda-tanda akan hujan. Dua orang remaja lelaki berpakaian sekolah berjalan menuju ke Sekolah Memory Feather. Mereka kelihatannya sedang berbincang tentang sesuatu.
“Hanzyu, petang nanti kau lapang tak?”tanya salah seorang daripada mereka. Rambutnya berwarna hitam, tidak disikat dan dibiarkan terpacak.
“Tak tahu lagi. Aku perlu ulangkaji pelajaran.”jawab rakannya yang dipanggil Hanzyu itu. Penampilannya berbeza dengan rakannya tadi. Rambutnya disikat dengan kemas, pakaiannya bersih dan dia memakai cermin mata.
“Setiap kali aku ajak kau keluar, macam-macam alasan yang kau bagi aku. Kenapa dengan kau sebenarnya?”tanyanya lagi.
“Aku dah kata. Aku mahu ulangkaji pelajaran, Kanru.”jawab Hanzyu tidak senang. Siapalah yang suka mendapat rakan yang sering berprasangka buruk terhadap kita?
“Hari ini kau jangan ulangkaji pelajaran.”kata Kanru.
“Mana boleh!”marah Hanzyu. Pantang sekali baginya apabila ada orang menghasutnya untuk tidak mengulangkaji pelajaran. Dia tidak boleh gagal. Ayahnya akan memberhentikannya dari sekolah jika gagal dalam mana-mana subjek. Kanru sepatutnya sudah maklum dengan hal itu.
“Baiklah, baiklah. Tapi, pada pukul tiga petang nanti, aku akan datang ke rumah kau.”kata Kanru. Dalam seumur hidupnya, Kanru tidak pernah berjumpa dengan orang yang mengulangkaji pelajaran siang dan malam tanpa henti. Kasihan dia melihat Hanzyu.
“Untuk apa?”tanya Hanzyu. Dia tidak lagi marah seperti tadi.
“Jika menghadap buku siang dan malam, aku tak rasa yang kau dapat lulus dalam ujian nanti. Apa kata kalau kau ikut aku bersenam di Padang Rata? Sesekali, otak kau itu perlu diberi rehat. Bersenam dapat mencerdaskan minda.”kata Kanru seperti seorang guru Pendidikan Jasmani.
“Tapi…”belum sempat Hanzyu membangkang Kanru berlari ke hadapan.
“Siapa yang lambat ke sekolah, dia perlu belanja makan!”kata Kanru. “Tak adil! Kau dah lari ke hadapan dahulu!”jerit Hanzyu sambil berlari.

BERSAMBUNG...( nilah perkataan yang paling aku benci bila tengok cerita yg best) Tapi aku buat jugak... JAngan marah aaa!

Anime Bleach(bukan peluntur baju...)

Karakter yang aku minat: Kurosaki Ichigo, HITSUGAYA TOSHIRO, Abarai Renji, AIZEN, ICHIMARU GIN & GRIMMJOW(aku suka lagu dia nih...)

Antara lagu yang aku pernah dengar dan minat:
  1. BrEaK (Grimmjow)
  2. Fuyu no Hanabi (Ichimaru Gin & Matsumoto Rangiku)
  3. Tattoes on the Sky (Kurosaki Ichigo)
  4. Memories in the rain (Kurosaki Ichigo & Kuchiki Rukia)
  5. Rossa Rubicundior, Lilio Candidior (Abarai Renji)
  6. Standing to defend you (Abarai Renji)
  7. Sugintou no Yaru (Uryuu Ishida)

Tuesday, June 10, 2008

Karangan

Hari Isnin, semalamlah tu... aku hantar buku karangan. Karangan tu patutnya berkaitan dengan kemalangan ngeri yang pernah aku lihat. Tapi masalahnya... aku tak pernah tengok pun kemalangan ngeri. Tambahan pulak, kena letak perkataan adjektif sebanyak yang mungkin.

Masa nak buat tu... aku punyalah memekik panggil idea sampai adik aku baling buku kamus kat kepala aku. Tiba-tiba, datanglah idea gila. Orang lain buat kemalangan ngeri yang melibatkan jalan raya, motorsikal, lor dan segala jenis kenderaan. Err...keta lembu takdelah.

Masa nak hantar tu...risau giler! Mana taknya, orang lain buat sampai dua tiga m/s je... karangan aku pulak sampai enam muka surat. Bila cikgu dah mark...cikgu pun panggil nama aku. Katanya: Panjang sangat karangan awak ni...boleh buat cerpen...kalau ada blog masukkanlah...buat himpunan cerpen-cerpen awak dalam blog tu...

Ok. Kiranya, aku ni ada bakatlah ya? Ahaks! Riaknya...
(Sepanjang malam aku senyum sampai telinga sampai adik aku tegur)

Sunday, June 8, 2008

Angel or Devil?

Aku masih fikir lagi...
Masa ber'blog', aku nak nakal ke baik? Baik ke nakal?
Kalau aku jadi baik, nanti teringin nak buat nakal...
Kalau nakal... Nanti aku nak jadi baik...
Mana satu ye?

Dekat dunia realiti pun aku lain-lain,
Dekat sekolah diam je.
Dekat rumah cakap tak habis-habis,
Dekat gelanggang TKD, okaylah...

Jadi, antara pilihan-pilihan aku ialah:
A. Buat dua blog. Satu aku jadi baik, satu aku jadi nakal. (Istilah jahat tu belum lagi)
B. Selang seli. Hari ni jadi nakal, esok jadi baik.
C. Lantak. Ikut suka hati sendiri.
D. Tak yah citer pasal diri aku, aku buat citer fantasi.

Ni macam pilihan objektif PMR jer...
Tak habis-habis persoalan.
Nak hidup pun ada soalan gak ke?

Aku pelupa!?

Oh tidak!!! Aku dapat penyakit pelupa!!!(diiringi dengan bunyi loceng: dong...dong... dong)

Bukti pertama: Hari tu aku pegi sekolah, lupa bawak beg!
Akibat: Kena marah dengan abah... tak bestnye

Bukti kedua: Sim card dekat dlm tepon bimbit tak dapat dipakai lagi pasal lupa password.
Akibat: Kena marah lagi... dan tepon dibiarkan berhabuk tak dipakai. Kesian tepon aku...

Bukti ketiga: Aku lupa nama kawan-kawan kat sekolah aku...
Akibat: Terpaksa memanggil kawan dengan cara : Wei... dan ayat seterusnya

Bukti keempat: Ni yang paling senang nak lupa. Kerja sekolah.
Akibat: Nak tahu apa lagi? Kena marah lah...

Bukti kelima: Aku lupa alamat e-mail aku dan passwordnya sekali masa nak blog.
Akibat: Aku tak blog setiap hari. Aku dapat berblog hari ni pun lepas mencuba sebanyak beberapa kali.

Kesimpulannya, aku ni memang dah disahkan mendapat penyakit pelupa.
Kenapa aku cakap pasal benda nih? Sebabnya...
AKU LUPA PEGI KELAS TAEKWANDO, TAK DAPAT TAHU AKU LULUS UJIAN KE TAK! Waa...!! Waa...!! Aku nangis tak apa, orang yang kunjung blog aku, happylah selalu :)