Tuesday, January 27, 2009

Tulisjelah...

Ibu reti buat puisi, aku pun nak gak tp, kurang pengalaman, kurang pengetahuan dan banyak lagi yg kurang. Aku buat nih pun sebab cikgu sivik aku suruh. Tapi tak tahulah okey ke idak.

Coretan Matlamatku

Satu persoalan muncul menerpa,
apa tujuanku bila masa itu tiba?

Ku fikir dalam-dalam,
tak mahu hidup di dalam suram,
tak mahu hidupku nanti karam,
tak mahu jatuh ke gaung yang curam.

Perjalananku masih jauh,
imanku perlu utuh,
cita-citaku perlulah teguh,
tidak dipaksa tidak disuruh.

Matlamat hidupku sudak ketemui,
bumi damai ini akan kulindungi,
perjalanan panjang ini akan kutempuhi,
kejayaan hiduplah yang pasti kucari.

Sunday, January 18, 2009

Tahun ni, aku ting. 4. Oklah...tapi teringin pulak nak jadi cam Shinichi Kudo(Det. Conan) tu...boleh jadi kecik balik...Dekat sekolah rendah tu, gerenti jadi murid terpandai kat sekolah. Tapi, macam cakap ibu, hidup tak semudah tu. Untuk SPM tahun depan tak tahulah nak ambik apa...

Dekat blog mak aku kan ada alkisahnya si Imau yang Cemburu...dgn laptop pun dia cemburu, sekarang ni, dah tambah budak kocik sekor. Kitorang bagi nama Yui(tapi cam kes nak bagi imau nama dulu, asyik bertukar-tukar). Aku tak leh nak upload gambornye sbb ibu nak guna broadband. Nantilah aku letak.

-:Teringin nak ada broadband sendiri, bolehlah aku surf internet hari2.